Ciri Panggung wayang pandu masuk

Skrin panggung dibina dalam luas yang cukup besar untuk membolehkan paparan filem ditayangkan mampu ditonton sejauh mungkin dari kereta-kereta para penonton yang berderetan. Layar boleh terbina semudah suatu dinding yang dicat putih, atau struktur rangka besi dengan kemasan yang kompleks.

Bunyi filem yang lazim didengari dari pembesar suara panggung biasanya didengari secara berasingan dari tempat kereta penonton di mana peranti pembesar suara berwayar (lazimnya diperbuat daripada aluminium) dapat diambil dari gagang parkir dan digantung dari tingkap setiap kereta.[1] Sistem-sistem ini digantikan oleh kaedah siar raya mikro berasaskan frekuensi rendah yang diterima dalam sistem radio kereta lalu membolehkan bunyi stereo didengari penonton.

Panggung-panggun ini adakalanya turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kereta sepertimana yang didapati dalam stesen minyak seperti penukaran tayar serta pengisian minyak dan angin kereta.[1]